Ketua Menteri Sabah Daripada BN?

- Advertisement -

KOTA KINABALU- Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meninggalkan meja rundingan sebelum selesai perbincangan siapa Ketua Menteri Sabah.

Hajiji berkata, perbincangan telah selesai dan beliau meninggalkan majlis sedangkan perbincangan antara pimpinan tertinggi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) masih berlangsung.

” Dah habis bincang, kawan-kawan semua tenang. Nanti saya buat kenyaataan.

“Saya nak balik rehat dulu,” katanya ketika menaiki kenderaan meninggalkan perkarangan Magellan Sutera Harbour, tengahari ini.

Apabila wartawan bertanya sama ada boleh mengucapkan tahniah, Hajiji sekadar menoleh dan bertanya ‘siapa yang tanya tu’.

Sejurus Hajiji meninggalkan majlis, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa menyertai mesyuarat tersebut dan menganggap tindakan Hajiji meninggalkan majlis adalah situasi normal.

Buat masa ini pimpinan tertinggi PN dan Barisan Basional (BN) dan iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin,Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan masih bermesyuarat.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi PRN Sabah semalam juga masih berada di bilik mesyuarat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat