Bung Mengadap TYT Petang Ini

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin petang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebentar tadi.

“Kita ingin maklumkan, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tiga calon bebas berjaya membentuk kerajaan.

“Wakil kami (BN) Datuk Seri Bung Moktar akan mengadap TYY pada jam 2.30 petang ini setelah kita berjaya menumbangkan kerajaan Warisan,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Sementara itu Bung ketika di temui para pemberita sejurus selepas lertemuan bersama pimpinan GRS menunjukkan reaksi ‘sangat gembira’.

Terdahulu SuaraTV melaporkan upacara mengangkat sumpah yang dijadualkan pagi ini untuk ketua menteri yang baharu terpaksa di tunda.

Ia ekoran dari perbincangan yang masih di jalankan oleh gabungan bagi memilih ketua menteri bagi menerajui kerajaan negeri Sabah.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa agar pemilihan ketua menteri harus di kalangan BN. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat