Saudia, syarikat penerbangan nasional Arab Saudi, terus mengungguli senarai prestasi ketepatan masa (OTP) peringkat global, dengan mencapai tahap ini bagi kali kedua berturut-turut, menurut sebuah laporan yang diterbitkan oleh laman penjejakan penerbangan bebas, Cirium, untuk Julai 2024.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Saudia mencapai kadar ketepatan masa ketibaan sebanyak 88.12% dan kadar ketepatan masa perlepasan sebanyak 88.15%, dengan mengendalikan sebanyak 16,503 penerbangan merentasi rangkaian syarikat yang meliputi lebih 100 destinasi di empat benua.
Tuan Yang Terutama Jurutera Ibrahim Al-Omar, Ketua Pengarah Kumpulan Saudia, berkata: “Di Kumpulan Saudia, mencapai OTP yang tinggi ialah objektif bersama, kerana ketepatan masa secara langsung mempengaruhi kepuasan pelanggan.
Kami berjaya mengekalkan prestasi sedemikian semasa musim puncak tahun ini, menjadi bukti usaha kerjasama seluruh Kumpulan Saudia serta pihak berkepentingan yang berkaitan dalam industri penerbangan. Kepimpinan kami yang mampan dalam bidang ini memerlukan dedikasi dan daya tahan dalam mengatasi pebagai cabaran dalam sektor penerbangan pada peringkat global.
”Dalam tahun-tahun berikutnya, Saudia akan menerima 103 pesawat baharu, sejajar dengan strategi syarikat untuk menggandakan muatan tempat duduk, berkembang ke destinasi global baharu serta memenuhi komitmen untuk membawa masyarakat dunia ke Kerajaan tersebut seiring dengan Wawasan 2030.