COVID-19: Kes Discaj Meningkat Beri Petanda Positif – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

MALAYSIA mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi dalam tempoh sebulan iaitu sebanyak 22,657 kes, pada Khamis.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam tempoh itu juga jumlah kes yang didiscaj dari hospital meningkat sebanyak 591 kes kepada 2,152 kes.

Katanya, ini merupakan petanda yang positif dalam peningkatan kes sembuh berbanding 1,562 kes yang didiscaj dari hospital pada 25 Julai lepas

“Walaupun negara mencatatkan jumlah kes tertinggi (24,599) sepanjang pandemik pada Khamis, kebanyakan kes yang dilaporkan berada di kategori 1 dan 2 semasa didiagnos iaitu 23,939 kes bersamaan 97.3 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sebanyak 660 kes (2.7 peratus) pula adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 dan ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes yang rendah bagi kategori 3,4 dan 5 seiring dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri.

Jelasnya, sehingga 25 Ogos 2021, sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia di mana 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin.

“Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada Khamis tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5.

“Semua penduduk Malaysia dinasihatkan untuk segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dan hadir pada tarikh janji temu seperti yang telah dijadualkan,” kata beliau.

Dr Noor Hisham turut menasihati penerima dos lengkap vaksin agar terus sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,561FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat