Tudung bawal Swarovski RM100,000 dipamerkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bawal Exclusive hari ini memperkenalkan tudung termahal di Malaysia berharga RM100,000 sehelai, sekali gus mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records.

Tudung bawal bersaiz 1.14 meter X 1.14 yang direalisasikan sendiri oleh Pasukan Rekaan Swarovski Austria itu ditaburi sebanyak 7,512 butir kristal mewah dan mengambil masa 320 jam untuk disiapkan oleh 12 pekerja.

Pengasas jenama itu, Haliza Maysuri, berkata tudung berkenaan adalah pemberian khas Swarovski kepada Bawal Exclusive kerana jenama itu menjadi antara pemborong terbesar di dunia.

“Kami dibawa ke sebuah majlis oleh Swarovski di Wattens, Austria pada Oktober, 2018 dan terpesona dengan kemewahan kristal yang dipertontonkan.

“Sejak itu, saya berjanji mahu membawa memori itu pulang ke Malaysia dan dinikmati oleh kesemua penggemar Bawal Exclusive. Tudung ini akan dipamerkan di butik di Puchong yang bakal dibuka tidak lama lagi,” katanya dalam majlis pelancaran, di sini hari ini.

Katanya, menerusi pelancaran tudung dan butik mewah terbaharunya, Haliza berkata ia adalah lambang bahawa peniaga Islam juga mampu berjaya dan berdiri bersama jenama lain.

“Jangan takut untuk mengejar impian dan ia bermula dengan langkah pertama,” katanya.

-Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat