TM Catat Untung Bersih RM274 Juta, Meningkat Berbanding Tahun Lalu

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM274.74 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020, naik daripada RM114.18 juta pada suku tahun sama tahun lalu, berikutan kos operasi yang rendah dan tiada kerugian susut nilai kepada aset rangkaian tetap.

Perolehan pada suku tahun itu susut 6.4 peratus kepada RM2.59 bilion daripada RM2.77 bilion sebelum ini, dengan perolehan merosot bagi semua barisan produk kecuali perkhidmatan data mencerminkan impak daripada pelarasan harga Streamyx berkuat kuasa dari September tahun kewangan sebelum ini.

Perolehan turut terjejas daripada kuantiti yang rendah dan aktiviti ekonomi yang terhad ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Ia mengisytiharkan dividen interim sebanyak 6.8 sen sesaham berjumlah RM256.1 juta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar dalam kenyataan berkata, pada separuh pertama 2020, syarikat melabur 9.3 peratus daripada perolehan untuk perbelanjaan modal berjumlah RM479.2 juta dengan tumpuan kepada jalur lebar, perkhidmatan data dan mudah alih untuk mengekalkan kualiti dan ketersediaan perkhidmatan di seluruh negara.

“Daripada jumlah yang dilaburkan, sebanyak 59 peratus untuk akses rangkaian, 23 peratus untuk rangkaian teras, dan baki sebanyak 18 peratus untuk sistem sokongan,” katanya.

Menurutnya, Kumpulan terus memberikan perkhidmatan kepada negara dengan keadaan tidak menentu berikutan pandemik Covid-19.

“Sejak pertengahan Mei 2020, TM telah menyambung semula aktiviti jualan serta aktiviti pemasangan dan pemulihan perkhidmatan di premis pelanggan.

“Kedai TMpoint telah dibuka semula di seluruh negara pada waktu normal.

“Kami akan terus memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik kepada pelanggan berikutan lebih banyak sektor ekonomi telah dibuka semula dengan sekatan yang berkurangan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Menurutnya, kumpulan akan meneruskan komitmennya untuk mengekalkan keuntungan perniagaan bagi suku tahun 2020 yang akan datang.

Pada separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih naik kepada RM427.27 juta daripada RM422.46 juta, manakala perolehan sebanyak RM5.15 bilion berbanding RM5.55 bilion dalam tempoh sama tahun lalu. – HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...