Selamat tinggal Bersatu ucap Dr Mahathir

- Advertisement -

Kuala Lumpur – “Apa engkau tanam, itulah yang engkau tuai,” demikian ucapan sinis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada parti Bersatu.

Beliau berkata demikian merujuk keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang telah membuat keputusan akan bertanding di semua kawasan yang ditandingi oleh Bersatu dan yang dimenangi oleh UMNO tetapi lompat masuk Bersatu.

Bahkan katanya, UMNO juga akan bertanding di mana mereka kalah sedikit atau tempat yang kedua dari segi jumlah undi.

“Jadi Bersatu nak bertanding di mana,” soalnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Bersatu berkata, pemimpin Bersatu lebih mementingkan habuan berbanding kekecewaan rakyat.

“Jawab Menteri dan Timbalan Menteri dari Bersatu, mereka dapat gaji dan elaun besar. Setakat PRU 15 pun tak apalah. Dapat juga. Keluar tak dapat apa. Inilah perjuangan, perjuangan untuk dapat duit. Tak banyak sikit, okaylah.

“Inilah politik Malaysia sekarang. Tak ada yang lebih mudah dapat duit daripada melalui politik. Soal apa jadi pada bangsa, pada negara, pada agama pun, itu soal lain bukan soal orang politik. Boleh dapat hingga dua billion Ringgit dari politik.

“Kadang-kadang ada peluang lompat. Okaylah. Tak dapat million, dapat ratusan ribu pun tak apa. Dapat juga.

“Soal jatuh Kerajaan kerana lompat, itu masalah depa. Rakyat kecewa. Pedulikan. Lain kali cerita lain. Rakyat mudah lupa,” jelasnya.

Beliau yang kini Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, pemimpin Bersatu tidak lagi memperjuangkan prinsip asal parti kerana lebih mengejar untung yang diperoleh daripada politik.

“Ada yang berkata biarlah. Tak payah ada orang yang nak cuba perbaik keadaan. Bukan duit kita. Kalau penyangak jadi Kerajaan apa salahnya. Semua Kerajaan di mana-mana pun penyangak. Apa nak malu. Kadang-kadang tempias sedikit rezeki kepada kita. Terima sahajalah. Tak ada Kerajaan penyangak tak ada nikmat.

“Bodohlah, jika pegang kepada perjuangan asal parti. Prinsip tak penting. Politik penting, lebih untung.

“As ye sow, so shall ye reap. Apa engkau tanam, itulah yang engkau tuai. Selamat tinggal Bersatu,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat