Saya Rela Berkorban, Asalkan Rakyat Kemabong Dapat Manfaat Kata Jamawi

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) Kemabong, Jamawi Jaafar menafikan beliau menerima imbuhan ketika melompat parti bagi menyokong gabungan Tan Sri Musa Aman pada Julai lepas.

“Ada tohmahan yang mengatakan diri beliau ada menerima imbuhan, saya telah membuat dua laporan polis terhadap tohmahan ini. Tidak ada proses pembayaran apa-apa dibuat, tiada janji imbuhan dibuat.

“Saya sedang mengambil proses tindakan saman malu kepada yang membuat tohmahan tersebut. Peguam saya sedang membuat proses saman malu jika mereka tidak meminta maaf,” jelasnya ketika ditemui dalam temubual khas bersama SuaraTV.

Jamawi turut berkata pihaknya rela dikecam mana-mana pihak, asalkan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong mendapat manfaat.

“Ada yang mengatakan bahawa saya berkepentingan diri sendiri, bagi saya tidak, saya rela berkorban biarlah Jamawi Jaafar ini seorang berkorban. Saya tidak sanggup melihat ribuan pengundi-pengundi kawasan saya,

“Sayamelihat pengundi dikawasan berjumpa saya dan berkata kami ingin memohon rumah PPRT YB, tengok rumah kami usang YB, saya kasihan tengok mereka, menitis air mata saya,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Jamawi merupakan salah seorang daripada tujuh ADUn yang melompat parti untuk menyokong gabungan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman megambil alih pentadbiran negeri Sabah dibawah Dato Seri Shafie Afdal.

Kemelut yang berlaku menyebabkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai 2020, ianya bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.

Pembubaran DUN Sabah itu rentetan kemelut politik yang menyaksikan Musa mengetuai beberapa Ahli DUN Sabah untuk menghadap Tun Juhar selepas mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat