Kontroversi Shuk tak gugat hubungan dengan isteri

- Advertisement -

PELAWAK, pelakon, dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar, 34, menjelaskan hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah baik-baik saja meskipun dirinya terpalit dengan satu kontroversi panas, baru-baru ini.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia dan isterinya tidak pernah berenggang atau  masing-masing bersikap dingin ketika kontroversi itu tercetus.

“Sewaktu hal itu tercetus di media sosial, saya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk menyambut Aidiladha. Berita itu, tidak menggugat langsung atau renggangkan hubungan kami.

“Cuma, sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami, kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan. Alhamdulillah, isteri memahami dan tahu hal itu adalah perkara yang tak perlu dibangkitkan.

“Dalam fikiran saya cuma mahu mengutamakan yang terbaik buat kedua belah keluarga, baik saya punya mahupun di pihak isteri. Disebabkan itu, lebih baik saya berdiam diri daripada membuka ruang untuk hal berkenaan lebih diperkata ketika itu,” katanya.

Berkongsi lanjut, Shuk juga mengakui bersyukur niat untuk meraikan Aidiladha ketika itu tidak terjejas dengan berita terbabit. Enggan membuatkan orang ramai musykil, dia turut ambil keputusan memuat naik video kemesraannya dengan isteri.

“Ketika itu, saya rasa perlu tampil dengan sesuatu untuk meleraikan persoalan orang ramai. Itupun, selepas saya berbincang mengenainya dengan kedua pihak keluarga kami,” katanya.

Menjelaskan mengenai dakwaan dirinya dikaitkan pernah curang dengan individu dikenali Fara Salleh, Shuk berkata hal itu sebenarnya sudah selesai beberapa tahun lalu.

“Permasalahan itu sebenarnya sudah selesai lama. Malah saya dan isteri sudah berbincang mengenainya serta memilih untuk lebih fokuskan kepada hal-hal ke depan.

“Keluarga adalah keutamaan paling penting untuk saya sekarang. Saya mahu pertahankan apa yang dimiliki sekarang, orang tersayang, selain kerjaya dengan sebaiknya,” katanya yang mengakui banyak belajar dari kesilapan lalu.

Pengacara program I Can See Your Voice Malaysia itu ditemui pada acara sesi ramah mesra Hot FM dan Kool FM bersama media, semalam.

Shuk dan Rossanellah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan  mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat