Hanya 15.4 peratus peneroka Felda tanam semula secara individu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya 15.4 peratus atau 17,304 peneroka yang mengusahakan tanaman semula secara Indvidu berbanding 84.6 peratus lagi yang mengusahakan tanam semula bersama Felda

Daripada jumlah 17,340 orang itu, 49.1 peratus atau 8,501 peneroka masih menghantar hasil melalui paysheet Felda.

Manakala 50.9 peratus peneroka tanam semula individu menghantar hasil mereka kepada peraih luar.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam sidang Dewan Rakyat pagi tadi.

“Peneroka Felda yang mengusahakan tanam semula secara individu adalah seramai 17,304 peneroka iaitu 15.4 peratus daripada 112,638 jumlah peneroka Felda.

“Jumlah peneroka yang mengusahakan tanam semula bersama Felda adalah 84.6 peratus,” jelasnya dalam jawapan lisan di Dewaan Rakyat pada Rabu.

Mustapa menyatakan, faktor-faktor yang mendorong peneroka mengurus tanam semula secara individu antaranya kerana peneroka tidak ingin berkongsi pendapatan secara blok atau secara peringkat.

“Faktor lain, isu pewarisan dan tiada kesepakatan waris untuk urus kebun;
ingin berdikari dan berpandangan mampu untuk urus kebun.

“Isu kekurangan buruh di ladang; dan anak peneroka yang kembali ke Felda berhasrat mereka untuk urus kebun,” kata Mustapa.

Ditanya skim bantuan yang boleh diberikan oleh kerajaan bagi merangsang aktiviti tersebut, Ahli Parlimen Jeli itu memberitahu dasar Felda melalui konsep kebersamaan Peneroka bersama Felda, antara lain ialah hasil dihantar kepada Felda.

“Selain itu, tingkatkan kecekapan pengurusan ladang dan usaha meningkatkan keyakinan peneroka untuk mengusahakan tanam semula bersama Felda.

“Antara lain, langkah-langkah tersebut telah diambil ialah sentiasa menambahbaik pengurusan kebun dengan meningkatkan penggunaan mekanisasi dan insentif yang menarik kepada pekerja tempatan; memastikan benih yang dikeluarkan bermutu tinggi.

“Juga menggalakkan peneroka untuk turut sama sebagai pekerja di ladang jika berkemampuan untuk mendapat pendapatan sampingan; menggalakkan pengurusan kebun secara berkelompok supaya kos dikawal di tahap yang optima,” ujarnya.

Malah kata Mustapa, peneroka yang menghantar hasil secara konsisten ke kilang menggunakan paysheet Felda, Felda akan membantu dalam pembelian input pertanian seperti pembelian baja, racun dan lain-lain.

“Jawatankuasa Pengurusan Ladang Lestari (dahulunya dikenali Jawatankuasa Tanam Semula Rancangan) digerakkan lebih aktif dalam kempen tanam semula di rancangan.

“Peneroka bersama sama terlibat dengan kerja memantau, merancang dan meneliti perbelanjaan kos semasa tanam semula,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat