Korea Utara Sahkan Jangkitan Pertama Covid-19

- Advertisement -

PYONGYANG: Korea Utara menjadi negara terakhir dalam dunia yang melaksanakan perintah berkurung berikutan Wabak Covid-19 melalui penutupan bandar sempadan Kaesong setelah mendedahkan apa yang dikatakan sebagai kes koronavirus pertama yang disyaki di negara itu.

Pemimpin negara berkenaan, Kim Jong Un mengadakan pertemuan politburo (jawatankuasa) darurat untuk melaksanakan “sistem darurat maksimum dan mengeluarkan amaran peringkat tertinggi” untuk membendung virus itu, lapor Agensi Berita Pusat Korea rasmi pada hari Ahad.

Kim dipetik sebagai berkata, “virus ganas itu boleh dikatakan sudah masuk ke negara ini”, dan para pegawai perlu mengambil “langkah pencegahan sepenuhnya untuk menutup bandar Kaesong”.

Sekiranya disahkan, ini akan menjadi kes pertama COVID-19 yang diakui secara rasmi di Korea Utara, di mana infrastruktur perubatan dilihat sangat tidak mencukupi untuk menangani sebarang wabak.

KCNA mendakwa, seorang pembelot yang lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu kembali pada 19 Julai setelah “menyeberangi secara haram” sempadan antara dua negara.

Begitupun, diketahui sangat jarang orang yang lari meninggalkan Korea Utara untuk ke Korea Selatan, untuk kembali semula dan melalui salah satu sempadan paling bahaya di dunia, penuh dengan periuk api dan pos pengawal.

Tetapi tentera Korea Selatan mengatakan ada “kemungkinan besar” bahawa seorang pembelot kembali semula ke negara itu baru-baru ini.

Seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai berenang kembali ke Utara setelah disiasat atas tuduhan rogol di Selatan, menurut beberapa laporan media.

Bagaimanapun, banyak pihak berkepentingan, sangsi dengan dakwaan berkenaan melihat kepada sistem komunikasi dan latar belakang negara itu yang diperintah secara kuku besi. Mereka percaya virus berkenaan masuk melalui China, bukan Korea Selatan.

Menuduh Korea Selatan hanyalah strategi propaganda untuk menyemarakkan ketegangan antara 2 negara kata mereka disamping menutup kelemahan regim berkenaan – The Guardian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat