COVID-19: Penduduk Kuching Buat Persediaan Jika PKP Dikuatkuasa

- Advertisement -

KUCHING: Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah-nya Dato Dr Noor Hisham bin Abdullah yang dikemaskini jam 12.00 tengahari semalam, Bandar Kuching diistiharkan kawasan “red zone” kerana terdapat peningkatan kes Covid-19 sebanyak 41 kes positif yang telah direkodkan.

Peningkatan yang tinggi ini berkemungkinan Kerajaan bakal menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuching bagi mengawal penularan virus Covid-19 lebih serius.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam maklumbalas ringkas kepada media hari ini mengesahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan perkembangan terkini Covid-19.

“Mesyuarat itu dijangka akan mengambil masa yang lama dan sebarang keputusan yang dicapai memerlukan sokongan KKM untuk diwartakan bagi penguatkuasaan.

Disamping itu, orang ramai yang tinggal dikawasan Kuching mula membeli barangan keperluan dalam jumlah yang banyak dibeberapa pasaraya utama sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan situasi pandemik itu bertambah serius.

“Saya mengjangkakan PKP akan dilaksana dalam masa terdekat, sepanjang perlaksanaan SOP PKP lepas, saya sukar mendapatkan barangan, pada kali ini saya membuat persediaan dengan membeli barang-barang awal jika berlaku PKP kali ke-2 nanti, kata En Zamri Zaini ketika dihubungi wartawan SuaraTV.

Sumber gambar: Utusan Borneo

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat