Umno Tuaran berhak tentukan jemputan, tidak timbul soal dua nakhoda — Rahman Dahlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Rahman Dahlan membidas kenyataan Pengerusi Perhubungan Negeri parti itu, Datuk Seri Bung Mokhtar berkenaan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di mesyuarat perwakilan Umno Tuaran baru-baru ini.

Menurutnya, UMNO Tuaran tidak pernah membantah kehadiran pemimpin-pemimpin parti itu ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh parti lain, disamping menjaga hubungan kerjasama antara UMNO Sabah dan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

“Jemputan untuk kehadiran ke mesyuarat perwakilan UMNO Tuaran telah dipanjangkan kepada semua ketua-ketua bahagian UMNO Sabah melalui ibupejabat UMNO Sabah.

“Itulah prosedur yang digunakan selama ini oleh UMNO Sabah, tidak timbul soal dua nakhoda dalam UMNO Sabah.

“Saya tidak pernah mengganggu pentadbiran UMNO Sabah dan tidak pernah menjadikan kedudukan saya sebagai Timbalan Ketua UMNO Sabah sabagai penghalang kepada usaha untuk memperkasakan UMNO Sabah,” katanya.

Malah jelasnya beberapa minggu sebelum Presiden UMNO membuat keputusan untuk merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Tuaran, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah dimaklumkan tentang kehadiran Ketua Menteri Sabah sebagai jemputan khas ke mesyuarat UMNO Tuaran.

Tambahnya lagi, tidak timbul kesalahan dalam jemputan itu kerana ucapan perasmian dalam mesyuarat perwakilan bahagian dibuat secara terbuka bukan tertutup.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO kerana masih meneruskan hasrat beliau untuk merasmi mesyuarat perwakilan UMNO Tuaran walaupun beliau mendedahkan ada sesetengah pihak yang menasihati beliau untuk tidak hadir.

“Semua orang akan mengetahui apa yang diucap oleh perasmi. Strategi politik sudah tentu tidak akan didedahkan dalam ucapan perasmian dalam majlis terbuka seperti itu.

Tegas Rahman, sebagai orang yang bertanggungjawab mencadangkan autonomi UMNO Sabah kepada Presiden UMNO pada tahun 2018, beliau mahu supaya semua kepimpinan tertinggi UMNO Sabah dibawa berbincang apabila ada keputusan besar dibuat mengenai masa depan UMNO Di negeri itu.

“Sabah kerana menjaga masa depan UMNO Sabah ini adalah tanggungjawab bersama semua kepimpinan UMNO Sabah.

“Saya sebenarnya tidak berminat untuk menceritakan soal dalaman UMNO Sabah secara terbuka melalui media.

“Tetapi saya akan memberi respon secara berfakta dan terbuka jika ada pihak-pihak yang membuat kenyataan mengelirukan secara terbuka yang tidak mengambarkan realiti sebenar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat