“Lepas ni pasukan bola sepak negeri buat salah, suruh Tuanku Sultan tulis surat” – TMJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya kurang senang dengan tindakan U-turn yang diputuskan Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL).

Pemangku Sultan Johor itu membidas, selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang Liga, suruh Sultan tulis surat murka sahaja senang.

“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.

“Selepas ni Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh? kata Tunku Ismail.

Menurut baginda lagi, JDT dari 2013 kena denda beratus ribu.

“Saya kena ‘banned’ 6 bulan, tidak ada pun Tuanku Sultan Johor keluarkan surat atau buat kenyataan.

“Siap mengungkit beri pingat Datuk.

“MFL buat ‘U-Turn’ tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda Tokong sebenar bola sepak Malaysia,” sindir Tunku Ismail.

Terdahulu, Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah menggunakan budi bicara mereka untuk mempertimbangkan semula keputusan yang diambil pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC.

Keputusan asal tersebut diambil selepas kelab berkenaan tidak hadir ke Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 Mei 2024.

Pertimbangan semula ini dibuat sebagai tanda penghormatan kepada titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah diumumkan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL:

1) Denda yang dikenakan ke atas Selangor FC dikurangkan daripada RM100,000 kepada RM60,000.

2) Bayaran pampasan untuk kerugian yang ditanggung oleh pasukan tuan rumah JDT dan MFL tetap dikekalkan.

MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.

3) Pemotongan tiga mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025 dibatalkan. Walau bagaimanapun, jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas boleh dikenakan.

4) Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga dibatalkan.

Penonton kini dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.

Tempoh untuk membuat rayuan adalah selama tiga (3) hari daripada tarikh surat ini (27 Jun 2024) seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat