Jho Low akan serah kembali harta RM471 juta kepada Malaysia

- Advertisement -

NEW YORK- Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low akan menyerahkan harta bernilai lebih AS$100 juta (RM471 juta), termasuk sebuah apartment mewah di Paris dan karya seni serta Claude Monet dan Andy Warhol.

Tindakan itu dibuat bagi menyelesaikan kes pelucuthakan sivil berhubung peranannya dalam skandal rasuah dan penyelewengan dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pelucuthakan itu diumumkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas Hakim Daerah AS, Dale Fischer di Los Angeles meluluskan perjanjian persetujuan dengan Jho Low serta keluarganya pada Isnin lalu.

Aset yang dilucuthakkan itu adalah tambahan kepada hampir AS$1 bilion (RM4.19 bilion), termasuk ‘superyacht’ bernilai AS$120 juta (RM503 juta) yang Jho Low dan keluarganya dilucuthakkan sebelum ini.

Jho Low masih menghadapi tuduhan pengubahan wang haram dan konspirasi rasuah di Brooklyn, New York, berhubung 1MDB, lapor Reuters.

Pihak berkuasa AS dan Malaysia, berkata lebih A$4.5 bilion (RM18.86 bilion) dirompak daripada 1MDB antara 2009 dan 2015, dengan sejumlah wang dihantar ke akaun bank luar pesisir dan syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low.

Jho Low sebelum ini membantu bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB bagi menggalakkan pembangunan ekonomi.

Goldman Sachs, yang membantu 1MDB menjual bon mencapai penyelesaian AS$2.9 bilion (RM12.16 bilion) pada 2020 bagi kes jenayah AS berhubung 1MDB.

Bank bukan sebahagian daripada rampasan sivil.

Peguam Jho Low tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Jabatan Kehakiman menyatakan bahawa Jho Low membayar kira-kira AS$35 juta (RM146.57 juta) untuk lukisan Monet ‘Vetheuil au Soleil’, lukisan Warhol ‘Colored Campbell’s Soup Can (Emerald Green) 1965’ dan apartment di Paris.

Ahli perniagaan itu dan keluarganya juga akan menyerahkan harta bernilai AS$67 juta (RM280.47 juta), termasuk hartanah dan akaun bank di Hong Kong, Singapura dan Switzerland.

Jabatan Kehakiman berkata, ia membantu mengembalikan lebih AS$1.5 bilion (RM6.28 bilion) yang berkaitan dengan 1MDB ke Malaysia, dalam kes penyerahan harta sivil terbesar dalam sejarah jabatan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat