Bung Moktar tidak dijemput ke Mesyuarat UMNO Tuaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menjelaskan beliau sebenarnya tidak dijemput oleh timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Tuaran.

Melalui program ‘Realiti Politik UMNO Sabah : Sesi berterus-terang bersama Bung Moktar di Suara.TV beliau menganggap tindakan timbalannya sebagai tidak tepat apabila menjemput Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor pada mesyuarat berkenaan.

“Saya bukan tidak datang dengan sengaja saya mempunyai kerja lain perlu diselesaikan dan kedua saya sebetulnya dia (Rahman Dahlan) tidak jemput, apabila saya tidak dijemput, kita tidak datang.

“Tidak salah dia (Hajiji) dijemput, tetapi yang salah platform itu tidak tepat sebab bahagian ini khusus untuk presiden menyampaikan amanat dan mesej kepada Umno, strategi parti dan sebagainya.

“Apabila banyak pemimpin lain yang bukan dari Umno, maka ucapan presiden itu kena berlapik, dan ini pada saya satu perkara yang silap dilakukan oleh Datuk Seri Rahman Dahlan,” katanya.

Namun jelasnya, sebanyak 25 ketua-ketua bahagian telah menyatakan sokongan kepada beliau dalam memperjuangan Umno di negeri itu.

“Tetapi Umno Sepanggar jemput saya sebagai ketua parti dan saya diberi kesempatan untuk berucap dan saya meluah keadaan sebenarnya, kita harap perkara ini tidak berlakulah lain kali.

“Sekiranya ada pemimpian yang berlagak seperti seorang ketua maka parti akan lemah dan orang lain mengaut keuntungan.

“Insyallah saya telah perbetulkan keadaan dan rata rata daripada 25 ketua bahagian mereka menyatakan bahawa mereka berdiri bersama saya untuk menegakkan Umno di Sabah.

Terdahulu Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memilih untuk hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tuaran walaupun ada pihak dalam parti memintanya menilai semula.

Katanya, ia berikutan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama kepemimpinan GRS dan Pakatan Harapan (PH) Sabah pada majlis tersebut.

Ia merupakan mesyuarat bahagian Umno yang pertama dirasmikan Ahmad Zahid pada tahun ini, disusuli Umno Bahagian Sepanggar dan Umno Bahagian Papar pada petang dan malam.

Majlis itu dihadiri Hajiji atas undangan Ketua Bahagian Umno Tuaran, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Turut hadir Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew dan Ketua PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat