Pasal Duit Baki Pun Boleh Mati

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Perselisihan faham mengenai baki wang berakhir tragedi apabila seorang pekedai terbabit dalam pergaduhan di hadapan kedai runcit di Kampung Pulau Penampang, di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa, lelaki berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi lelaki berusia 20 tahun parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Difahamkan sebelum kejadian itu, anak kepada lelaki yang parah dikatakan datang ke kedai runcit berkenaan untuk membeli sebotol air mineral.

Menurut sumber, kanak-kanak itu kemudian membayar wang RM10 kepada mangsa yang juga pemilik kedai runcit berkenaan.

“Mangsa kemudian mengembalikan baki wang sebanyak RM3 dan kanak-kanak terbabit pulang dan memberikan baki wang itu kepada ibunya

“Namun ibunya tidak berpuas hati kerana wang yang diberikan sebanyak

RM10 dan sepatutnya baki wang adalah RM8 lalu ibu dan bapa kanak-kanak itu datang semula untuk meminta penjelasan.

Bagaimanapun, peniaga itu mendakwa wang yang dibayar berjumlah RM5 lalu berlaku pertengkaran antara ibu kanak-kanak terbabit dengan isteri peniaga berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, keadaan berlarutan hingga menyebabkan mangsa dan bapa kanak-kanak terbabit campur tangan dan berlaku pergaduhan sebelum peniaga itu bertindak memukul bapa kanak-kanak terbabit menggunakan benda keras.

“Bapa kanak-kanak itu mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital. Selepas itu dua lelaki datang ke kedai runcit lalu bertindak memukul mangsa.

“Mangsa kemudian rebah sebelum dua lelaki terbabit bertindak melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu segera ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan mangsa disahkan meninggal dunia.

Turut berada di lokasi sepasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat