Mat Sabu Sumbang RM1000, Ringankan Beban KAFA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu memberi sumbangan sebanyak RM1000 bagi meringankan beban kewangan yang sedang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

KAFA menerusi satu kenyataannya hari ini berkata, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu itu menyerahkan sumbangan tersebut kepada persatuan itu, kelmarin.

“Sumbangan diterima oleh Presiden KAFA, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan KAFA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB).

“KAFA mengalu-alukan mana-mana YB atau ahli politik tidak kira apa jua fahaman turut membantu KAFA atas kepentingan sukan nombor satu rakyat Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, KAFA pernah melantik Mat Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan itu pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid menjelaskan Mat Sabu menarik diri selepas dua bulan beliau dilantik.

Ketika ini, KAFA menanggung beban hutang kira kira RM5 juta membabitkan tunggakan gaji bekas pemain tempatan dan juga bekas pemain importnya.

Tuntutan bekas pemain import yang perlu dilunaskan mereka adalah Francisco Cassio de Jesus berjumlah RM629,620.28 dan Bruno Lopez yang berjumlah RM141,103.60 serta Alaeddine Bouslimi (RM157,380)

author avatar
HAIZAL YATIRAN
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat