Kontrak DRT: Rakyat pun nampak salah di mana, kenapa SPRM kata tiada kaitan? – Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris mendakwa sangat pelik kenyataan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang memaklumkan tidak melihat sebarang kaitan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menurut Ahli Dewan Negara itu, soal paling besar projek DRT itu diperolehi syarikat Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, milik suami Menteri KBS, Ramachandran Muniady seperti dilaporkan dalam media arus perdana.

“Apa yang SPRM seolah-olah nampak buta? Adakah Ketua Pengarah SPRM yang baru renew (perbaharu) kontrak begitu bersahaja mengatakan pemberian kontrak DRT tidak ada salahnya?

“Rakyat yang marhaen pun boleh nampak dari aspek salah tadbir-urus, salah tatakelola, mungkin ada salah guna kuasa, salah guna jawatan, salah guna connection dan networking. Semua perkara ini perlu diperhalusi dan diperincikan.

“Rakyat kata Menteri KBS dari DAP dan blok PH. Kerajaan Selangor sekarang pun dari blok PH yang ada PKR dan DAP. Kelulusan projek DRT juga datang dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang mana di bawah Menteri dari DAP.

“Rakyat pun dah nampak, boleh ke begitu? Nampak macam jauh ikatan itu tetapi macam mesra hubungan itu. Jadi kesudahnya?

“Bukan tuduhan atau fitnah, tetapi rakyat kata sangat pelik, hairan dan bimbang! SPRM tidak bimbang ke, takut-takut berlaku ketirisan negeri dan negara. Boss besar mereka sendiri selalu melaungkan soal sakau, penyamun, perasuah, mahakaya dan sebagainya,” dakwa Idris.

Terdahulu SPRM berkata, tidak melihat sebarang kaitan pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menegaskan setakat ini tiada sebarang kesalahan mengikut undang-undang dalam pemberian kontrak kepada syarikat milik bersama suami Hannah itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat