11,713 calon dapat semua A dalam SPM 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, keputusan SPM 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Katanya, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 83,112 calon, berbanding 75,322 calon pada 2022.

“Seramai 131,480 calon (35.2 peratus) sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran pada keputusan SPM 2023, iaitu peningkatan sebanyak 3,296 calon (0.9 peratus), berbanding 128,193 calon atau 34.4 peratus pada 2022.

“Tahun ini peratus calon layak menerima sijil SPM adalah seramai 349,297 calon bersamaan 93.5 peratus berbanding 342,742 calon atau 91.6 peratus pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya pada Isnin, lapor BH.

Seramai 373,525 calon menduduki SPM 2023, berbanding 373,974 pada 2022.

Adnan berkata, pencapaian SPM 2023 antara bandar dan luar bandar menunjukkan peningkatan, namun jurang pencapaian calon kekal pada 0.43 mata seperti SPM 2022.

Sementara itu, calon SPM 2023 boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi ini.

Malah, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan secara dalam talian di myresultspm.moe.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem terbabit diaktifkan bermula jam 10 pagi ini sehingga jam 6 petang 2 Jun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat