Semoga BN Negeri Sembilan hormat perjanjian kekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal – PKR

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sim Tze Tzin mengingatkan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menghormti semangat Kerajaan Perpaduan yang disepakati sehingga tamat penggal.

Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru menegaskan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan.

“Selepas PRU15, tiada gabungan politik menguasai majoriti. Maka Kerajaan Perpaduan (pusat dan negeri) ditubuhkan.

“Mengapa? Demi kestabilan politik. Persetujuan Kerajaan Perpaduan adalah mewujudkan kerajaan stabil sehingga tamat penggal.

“Semoga BN Negeri Sembilan menghormati perjanjian tersebut sehingga tamat penggal,” katanya di Instagram pada Isnin.

Bertitik tolak krisis adat, hari ini kesemua 14 ADUN dan BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berikutan kemelut pemerintahan yang berlaku.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat