Apa pun terjadi, Insya-Allah tidak mengganggu fikiran Aminuddin dan isteri – Rafizi ingatkan pangkat hanya pinjaman

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli menitipkan doa dan pesan buat Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan isterinya Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof agar tenang dan tidak terganggu dengan konflik yang berlaku di negeri itu.

Menurut bekas Timbalan Presiden PKR itu, mengingatkan setiap perkara yang berlaku pastinya ada hikmah.

“Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku di Negeri Sembilan.

“MB Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun adalah seperti abang saya, isterinya seperti kakak kepada isteri saya. Saya hanya boleh berdoa dari jauh seperti seorang adik kepada abangnya.

“Saya sempat telefon dia pukul 10 lebih pagi tadi. Nak tanya khabar. Dia gelak dan gembira, katanya baru lawat 2 sekolah. Ada 4 sekolah lagi dia nak lawat hari ni, tapi berhenti gerai kejap minum pagi bersama isteri.

“Saya tidak bimbang sebab Tok Min ni orang baik. Jauh lebih baik dari saya. Saya kenal dia masa dia duduk rumah teres setingkat, pakai Exora. Selepas jadi MB bertahun-tahun, perangainya tetap sama macam masih duduk rumah teres setingkat.

“Apa pun terjadi, Insya Allah tidak mengganggu fikiran Tok Min & Kak Wan.

“Semuanya ada hikmah. Itu kelebihan orang yang tahu pangkat dan jawatan itu hanyalah amanah yang menjadi pinjaman,” ujar Rafizi dalam hantaran di Facebooknya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat