Aminuddin dipercayai ke KL menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tengah hari tadi.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan krisis pentadbiran selepas kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.

Aminuddin hadir di Majlis Anugerah Cemerlang SMK Datuk Muhammad Yusof, Port Dickson pagi tadi, namun dikatakan tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan, 11 pagi tadi, dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dipercayai berada di Kuala Lumpur.

Terdahulu, Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias pada pagi Isnin mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan penarikan sokongan itu.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.

Sebelum ini, krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong.

Susulan itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra luak berkenaan.

Berikutan krisis tersebut, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lalu terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat