SPRM didesak siasat dakwaan skandal Exco Melaka dan wanita

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak membuka kertas siasatan dan memanggil dua watak untuk membuat pendedahan susulan skandal rasuah dan seks di Melaka.

Dua watak yang dimaksudkan ialah wanita dan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Seorang rakyat Melaka, Mohd Zamri Abu Bakar mendesak SPRM memulakan siasatan berhubung sebaran di media sosial yang mengaitkan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin dengan skandal rasuah seks.

“Daripada bukti bukti yang dimuat menunjukkan Exco terbabit punya hubungan dengan seorang perempuan yang menawarkan khidmat seks bagi mendapat bayaran. Di mana Exco itu dikehendaki membayar sehingga RM15,000 sebulan kerana khidmat seks yang diberikan.

“Dalam pendedahan itu jelas wujud elemen rasuah yang sangat besar di mana perempuan itu telah pun memberikan khidmat seks bagi tujuan mendapatkan projek untuk “uncle”nya dan watak yang dikatakan Exco Kerajaan Negeri itu turut berjanji memberikan projek demi mendapatkan layanan seks,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dakwa Mohd Zamri, ini jelas telah menyalahi meminta/menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009] dimana Exco itu menerima rasuah seks dengan menawarkan projek di mana Wanita itu telah memberikan rasuah demi mendapatkan projek dan memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009] Wanita itu telah pun memberikan suapan (rasuah seks) juga salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] di mana exco terbabit menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan Rasuah (layanan seks) dengan menawarkan projek kepada pihak perempuan itu.

Katanya lagi, rakyat hari ini dalam keadaan sangat tertekan dengan kos kehidupan di mana kerajaan gagal atau tidak kisah dengan keseksaan kehidupan rakyat. Pendedahan ini umpama mencurah garam ke luka rakyat.

Menurut Mohd Zamri, kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh yang disiarkan beberapa media semalam turut sangat mengecewakan apabila dia menyebut dia tidak mahu menafikan (peduli) perkara itu terjadi atau tidak namun dia menyifatkan ia sebagai fitnah yang boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja.

“Maka timbul persoalan adakah Kerajaan Melaka hari ini tidak kisah mengenai integriti termasuk wujud rasuah seks tetapi akan terus membela dan melindungi pelaku?

“Semua sangat jelas dan jika SPRM pun gagal bertindak maka sesuatu sangat tidak kena sedang berlaku,” dakwanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat