Rumah Terbuka: Pemimpin PN seolah takut bayang-bayang sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sikap beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN) dikritik kerana didakwa mempolitikkan segala isu termasuk Rumah Terbuka Aidilfitri.

Pengarah Komunikasi PKR, berkata, pertikaian ini menunjukkan terdapat puak-puak yang terlalu dahagakan kuasa sehingga takut kepada bayang-bayang sendiri.

“Saya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang membantah rumah terbuka anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di enam negeri sebagai satu tanda tidak konsisten pendirian sesama pimpinan PAS.

“Sebelum ini diumumkan bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengalu-alukan penganjuran majlis tersebut. Kemudian dikatakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi dan Takiyuddin sebagai Ahli Parlimen PAS tidak bersetuju.

“Mengapakah PAS Terengganu dan Kelantan setuju tapi PAS Kedah dan PAS Pusat tolak? Bukankah ada saluran komunikasi dalaman parti untuk menyelesaikan perbezaan pendapat? Adakah pendirian bercanggah daripada parti yang sama telah mendedahkan perbedaan dalaman PAS menjadi semakin ketara? katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Chean Chung menegaskan, perlu diperingatkan bahawa rumah terbuka Kerajaan Perpaduan sebenarnya merupakan satu majlis rasmi untuk meraikan Aidilfitri bersama rakyat.

“Pimpinan kerajaan negeri turut dijemput untuk bersama. Rumah terbuka Aidilfitri di Malaysia juga biasa diraikan dan dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum sebagai satu tanda perpaduan dan muhibah.

“Parti politik yang bertanggungjawab seharusnya menurunkan suhu politik-berpolitik dan tumpu kepada isu kehidupan rakyat dan ekonomi.

“Saya merayu agar rakan-rakan biarpun daripada kerajaan ataupun pembangkang supaya menjadikan kita insan yang berjaya pada bulan yang penuh kebahagiaan ini,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat