PLANMalaysia Saran Tetapkan Peratus Kawasan Sumber Makanan

- Advertisement -

CYBERJAYA – PLANMalaysia hari ini menyarankan supaya ditetapkan peratusan kawasan sumber makanan yang bersesuaian untuk mencapai sasaran tahap sara diri (SSR) bagi tujuan pengekalan, pemuliharaan dan peningkatan kawasan sumber makanan negara.

Saranan itu adalah selari dengan Dasar Agromakanan Negara atau DAN 2.0 dan Rancangan Fizikal Negara ke-4.

Menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, PLANMalaysia menjalankan kajian berhubung perancangan guna tanah melibatkan beberapa agensi berkepentingan terutama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan agensi-agensi di bawahnya.

“Agenda ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri dengan agihan peratusan bagi setiap negeri dibuat berdasarkan kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan pengeluaran makanan baharu.

“Jelapang Padi dan luar Jelapang Padi, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tanaman, TKPM Penternakan, padang ragut dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) merupakan kawasan pengeluaran makanan yang baharu.

“Cadangan ini mempunyai beberapa kesan dan faedah kepada masyarakat, iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap import sumber makanan, menjamin kemudahcapaian makanan yang berterusan kepada rakyat dan meningkatkan tahap pendapatan pengeluar makanan serta mengukuhkan kedudukan negara dalam konteks Global Food Security Index (GFSI),” katanya.

Tambahnya lagi, cadangan itu mungkin memberi kesan kepada kewangan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan kegeri bagi penyediaan kemudahan dan berkait dengan kos melepas (opportunity cost) akibat pengekalan kawasan sumber makanan.

“Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri diingatkan mengambil perhatian mengenai keperluan kawasan pengeluaran makanan negara di masa hadapan bagi memastikan keterjaminan makanan negara,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat