KPM Laksana Inisiatif Tangani Penggunaan Vape Dalam Kalangan Murid Sekolah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.

KPM menegaskan pihaknya sentiasa memberi peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berkaitan Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.

“Selain itu, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah.

“KPM bersama-sama JPN, PPD dan sekolah dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Lima (5) Minit Antirokok/Vape yang dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

“Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah KPM lagi, pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan program IMFree kepada murid sekolah rendah tahun satu hingga tahun enam di 636 buah sekolah rintis serta diperluaskan pada tahun 2023 dan seterusnya.

“Program IMFree merupakan program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah. Program ini bertujuan agar murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.

“Objektif program ini ialah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya merokok, memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok dan melatih murid menjadi agen/pencetus/penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

“KPM sentiasa komited dalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai satu usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat