66,701 Ribu Premis Diperiksa Menerusi Ops Pantau

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Berdasarkan statistik Ops Pantau 2023, sebanyak 66,701 premis telah diperiksa di seluruh negara dan sebanyak 374 kes dikenalpasti atas pelbagai kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM60,200.00.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, sebanyak 1,127 aduan oleh pengguna juga telah diterima bermula 23 Mac hingga 21 April 2023.

“Ops Pantau 2023 yang telah dilaksanakan antara lain bertujuan memastikan tahap pematuhan yang tinggi oleh semua peniaga serta mewujudkan persekitaran perdagangan yang kondusif di samping membantu rakyat Malaysia MADANI mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup terutamanya sepanjang bulan Ramadan lalu dan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ops ini telah dilaksanakan secara seragam dan berfokus di seluruh negara dengan lokasi tumpuan seperti Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian,” katanya.

Jelasnya KPDN akan terus menggiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan setiap hari di seluruh negara serta mengingatkan semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang dikuatkuasakan Kementerian, meskipun OPS PANTAU 2023 telah tamat tempoh pelaksanaannya bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan tegas.

“Kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peniaga yang sentiasa memberikan kerjasama dan mematuhi perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan sepanjang pelaksanaan OPS PANTAU 2023 kerana tindakan kes pada tahun ini juga menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya.

“Pengguna juga dinasihatkan agar terus mengamalkan sikap berjimat- cermat selain merancang perbelanjaan harian bagi mengelakkan daripada dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab ketika ini selain mengelakkan pembaziran sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat