Puteri Reunion kembali bersatu selepas 15 tahun

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas 15 tahun berlalu, sitkom yang mengusik hati, Puteri kembali menggabungkan barisan pelakonnya menerusi drama Puteri Reunion yang bakal disiarkan pada hari raya pertama di kaca TV3.

Mengulas drama kehidupan gadis bernama Puteri Farah Nordin itu, teraju utamanya, Nora Danish berkata, dia teruja dapat bersama barisan pelakon asal seperti Beego, Kenchana Devi, Intan Ladyana dan Siti Fazurina

“Selepas lebih 15 tahun, kami sangat teruja untuk menjayakan drama Puteri Reunion. Perangai masih lagi sama apabila bertemu di lokasi penggambaran.

“Jadi, tidak sukar memperoleh karakter yang sudah lama ditinggalkan. Sebab pengarah, Amor Rizan pernah menjaga pakaian kami ketika menjayakan drama Puteri, jadi semuanya saling mengenali dan senang bekerjasama.

“Soalan pertama apabila mendapat tawaran, adakah semua pelakon asal masih ada. Apabila tahu semuanya masih dikekalkan, saya memang tak fikir panjang, terus terima dan tolak lain ke tepi,” katanya kepada BH Online.

Nora ditemui pada sidang media drama Puteri Reunion, secara virtual, baru-baru ini.

Drama Puteri Reunion akan disiarkan sebanyak empat episod pada Syawal pertama sehingga keempat.

 

Nora, Siti Fazurina dan Kenchana tidak sukar memperoleh karakter yang sudah lama ditinggalkan apabila kembali bergandingan bersama. - Foto IG Siti Fazurina
Nora, Siti Fazurina dan Kenchana tidak sukar memperoleh karakter yang sudah lama ditinggalkan apabila kembali bergandingan bersama. – Foto IG Siti Fazurina

 

Kali ini, ia diterbitkan Padi Pictures dan menggunakan khidmat Amor Rizan sebagai pengarah. Dalam naskhah asal, drama Puteri diterbitkan Ace Motion Pictures dan diarah oleh Aziz M Osman.

Nora percaya, siri baharu ini juga boleh menambat hati peminat generasi baharu, selain mengubati rindu pengikut setia drama Puteri.

“Kita boleh lihat siri popular Friends, ramai juga generasi baharu yang tidak pernah menonton siri lama turut menonton kerana kisahnya relevan sepanjang masa.

“Begitu dengan Puteri, penuh dengan mesej berguna. Dan boleh lihat apabila kami berkongsi mengenai drama Puteri Reunion, ramai peminat termasuk rakan-rakan artis memberi komen tak sabar menunggu tayangan.

“Ramai artis baharu juga yang menonton siri lama di YouTube semata-mata nak tahu mengenai drama ini.

“Saya tidak tahu mengenai drama komedi lain, tetapi drama Puteri adalah satu-satu sitkom yang bertahan selama 10 musim, sebanyak 130 episod. Disebabkan itulah, ia melekat di hati ramai, sama seperti ia melekat di hati kami,” katanya.

Justeru, Nora bersama barisan pelakon lain berharap akan ada sambungan untuk drama Puteri Reunion.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat