Poco F4 GT rasmi untuk pasaran Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Peminat siri peranti pintar Poco kini boleh mendapatkan generasi baharu persnti berkenaan selepas Poco F4 GT dilancarkan secara rasminya sebentar tadi.

Poco F4 GT dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1 bersama padanan memori (RAM) yang menyokong sehingga 12GB berdasarkan variasi pilihan pengguna.

Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti ini hadir dengan skrin berkeluasan 6.67 inci bersama paparan AMOLED Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).

Lebih menarik, skrin peranti ini menyokong kadar segar semula 120Hz dengan kapasiti bateri 4,700mAh serta pengecas ultra pantas 120W HyperCharge.

Sesuai dengan trend pengguna hari ini yang mementingkan prestasi kamera, Poco F4 GT ini menggunakan tetapan tiga lensa iaitu 64 Megapiksel (MP) untuk sensor sudut lebar, 8MP ultra lebar bersama-sama 2MP lensa makro untuk rakaman imej jarak dekat.

Untuk kamera swafoto pula, kamera 20MP sekali gus ia sesuai untuk operasi pelbagai keadaan terutama ketika pencahayaan rendah.

Peranti ini sememangnya direka untuk memberi manfaat optimum kepada genre ‘gaming’ sekali gus ia telefon pintar paling sesuai untuk semua jenis permainan mudah alih.

Bagi pengguna yang mungkin bimbang dengan tahap pemanasan peranti ini, ia menggunakan sistem penyejukan LiquidCool Technology 3.0 bersama perkakas dwi kipas disertakan.

Untuk pasaran tempatan, ia dijual pada harga RM2,299 bagi model variasi 8GB bersama storan 128GB manakala untuk variasi tinggi iaitu 12GB RAM bersama 256GB storan pada harga RM2.499.

Tawaran peranti ini akan bermula 28 April dan untuk tempoh promosi, peranti akan ditawarkan pada harga RM1,999 dan RM2,199 menerusi gedung atas talian.

Spesifikasi

Pemproses: Snapdragon 8 Gen 1

RAM: 8GB / 12GB

Kamera: 64MP + 8MP + 2MP

Bateri: 4,700mAh

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat