PASLeaks ditulis laskar siber, mungkin Isham Jalil – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Dokumen ‘PASLeaks’ dipercayai dibuat pasukan laskar siber pihak tertentu yang bakal mendapat kepentingan apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepimpinan UMNO disebarkan secara terbuka.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kandungan dokumen yang dikatakan adalah minit mesyuarat kepimpinan parti itu sangat diragui kerana dibuat tanpa mengikut ejaan dan urutan kebiasaaan format.

“Saya kalau nak rancang perkara sebegitu (menjatuhkan kepimpinan UMNO), saya tidak tulis. Orang bodoh sahaja tulis, selepas itu sebar bagi orang baca.

“Saya beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu, contohnya Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Isham Jalil.

“Isham ini yang desak Samsuri (Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri) bersumpah laknat, dia mungkin ada kepentingan pada dokumen itu dan sedang guna dokumen itu.

“Orang macam ini ada potensi untuk buat dokumen,” katanya memetik Harian Metro di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, pendedahan dokumen berkenaan yang mendakwa wujud perancangan sulit bagi menjatuhkan kepimpinan UMNO juga sebagai perkara tidak benar.

“Saya berada lama dalam hierarki kepimpinan PAS Pusat, bagi kita kalau ada (perancangan sulit) kita akan cakap ada. Tetapi jika tidak ada, kita akan cakap tidak ada.

“Minit mesyuarat PAS bukan begitu, kita ada format minit yang perlu diikuti, ada ejaan dan urutan tertentu. Saya tidak tahu siapa tulis minit itu, mungkin jebon yang tulis minit mesyuarat itu,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial isu minit mesyuarat PAS yang didakwa merancang menjatuhkan UMNO dan BN termasuk rancangan menyegerakan usaha memasukkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara.

Mengulas mengenai cadangan pembangkang mewujudkan kerjasama politik menerusi konsep ‘khemah besar’ bagi berdepan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, Muhammad Sanusi menegaskan PAS tidak akan menyertainya sama sekali.

“Yang berbincang adalah Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), PAS buat keputusan menolak dan tidak akan menyertainya. PN ini jika Pas tidak turut serta maka ia tidak akan cukup kerusi.

“PAS tolak sebarang pakatan untuk bentuk kerjasama baharu membabitkan PKR. Kita sudah ada pengalaman 20 tahun bersama PKR dalam Pakatan Rakyat dan semua strategi itu tidak akan berulang lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat