MPA kekal rangkaian radio berpengaruh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukan sebagai rangkaian radio berpengaruh di Malaysia, sebagaimana direkodkan menerusi tinjauan radio komersial, GfK Radio Audience Measurement (GfK) pertama, tahun ini.

Membuka jendela 2022, MPA mengetengahkan pelbagai kandungan lebih segar, bakat baharu, kempen menarik dan aktiviti di lapangan yang menjanjikan bilangan pendengar dan penonton.

Hot FM mengekalkan kedudukan sebagai antara stesen radio terbesar di Malaysia dengan 3.5 juta pendengar setiap minggu.

Jumlah pendengar Hot FM menunjukkan peningkatan menerusi kumpulan sasaran pendengar berusia antara 30 hingga 34 tahun sebanyak 8 peratus, manakala pendengar antara 35 hingga 39 tahun sebanyak 18 peratus.

Selain itu, peningkatan 11 peratus disumbangkan pendengar dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke atas.

Hot FM menjadi stesen radio di Malaysia mempunyai jumlah pengikut teramai dalam laman Twitter dengan 1.8 juta pengikut, manakala satu juta menerusi aplikasi TikTok.

Sejak awal tahun, Hot FM melaksanakan pelbagai kempen termasuklah Hot JL, Hot FM Rakyat Renjer Pegang Apa Tu?, #RewangRakyatRangers dan Hot FM Peralihan ke Endemik Showcase.

Kempen itu membolehkan pendengar memenangi wang tunai dan berpeluang berinteraksi dengan penyampai segmen pagi Hot FM, Rakyat Ranger iaitu Fara Fauzana, AG dan Fad.

Stesen berita berbahasa Melayu MPA, Buletin FM mencapai jumlah pendengar sebanyak 236,000, setiap minggu dengan peningkatan sebanyak 31,000 pendengar, berbanding keputusan tinjauan kedua, tahun lalu.

Tambahan lagi, Buletin FM mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio berkredibiliti buat pendengar kolar putih (PMEBs) dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 40 peratus.

Buletin FM memperkenalkan beberapa kempen seperti Usahawan Buletin FM bagi mempromosikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kempen Masterclass Buletin FM yang turut mengundang panel jemputan berkongsi informasi perniagaan kepada pendengar Buletin FM.

MPA turut melancarkan stesen radio baharu, Molek FM pada Januari lalu bertujuan memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur menerusi gaya hidup, warisan dan aspek tradisi masyarakat setempat.

 

Barisan penyampai radio Hot FM. - Foto Ihsan MPA
Barisan penyampai radio Hot FM. – Foto Ihsan MPA

 

Molek FM menyasarkan demografi pendengar lebih besar di Kelantan dan Terengganu. Stesen Molek FM berjaya mengumpulkan sejumlah 246,000 pendengar setiap minggu.

Walaupun baru dilancarkan, Molek FM merekodkan sebanyak tujuh jam 46 minit seminggu untuk jumlah masa mendengar (TSL).

Selain itu, Molek FM mengadakan beberapa kempen pencarian bakat baharu penyampai radio Molek FM, Cek Mek Molek Tati dan Duit Geng Molek pula menawarkan hadiah wang tunai.

Molek FM turut menerima dua ahli keluarga baharu, iaitu DJ Nazz yang tidak asing lagi dengan dunia penyiaran radio di Malaysia dan Kamilia pula juara pencarian Cek Mek Molek Tati sejak Mac lalu.

Fly FM merekodkan 1 juta jumlah pendengar mingguan. Daripada jumlah itu, berlaku peningkatan pada jumlah pendengar bagi segmen pagi Fly FM sebanyak 70 peratus, manakala segmen petang pula sebanyak 32 peratus bagi kumpulan pendengar berusia antara 30 hingga 34 tahun.

Fly FM berjaya menggandakan pendengar eksklusif kepada 96,000 pendengar, setiap minggu. Fly FM menjalankan kempen seperti Fly FM Boomerang Tracks yang membolehkan pendengar memenangi hadiah wang tunai dengan meneka penyanyi dan tajuk lagu.

Bagi kempen Fly Five Beats, pendengar perlu mengenal pasti nama penyanyi dan tajuk lima-lima lagu untuk memenangi hadiah wang tunai.

Menerusi satu-satunya stesen radio berbahasa Cina di bawah naungan MPA iaitu 8FM merekodkan sebanyak 447,000 pendengar, setiap minggu.

Ia membabitkan peningkatan kumpulan pendengar berusia antara 10 hingga 14 tahun dan 20 hingga 29 tahun. Selain itu, terdapat peningkatan sebanyak 54 peratus pendengar berpendapatan isi rumah berjumlah RM8,000 dan ke atas.

Stesen 8FM mengadakan beberapa kempen istimewa iaitu SPM Saya Pun Mampu, 8FM Hello Summer dan 8FM Food Award yang terajui Royce dan Angeline selaku penyampai segmen pagi di 8FM. Kempen ini memberi peluang kepada pendengar memenangi hadiah wang tunai.

Kajian tinjauan radio komersial GfK dilakukan selama enam minggu dengan pendekatan metodologi gabungan dengan saiz sampel seramai 6,639 orang.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat