KPM benarkan sekolah tutup sementara jika cuaca lebih 37 darjah Celsius

KUALA LUMPUR – Pihak pentadbir dibenarkan menutup operasi sekolah sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata, perkara berkenaan antara garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang (cuaca panas dan kering).

“Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng lapor Sinar Haria di Ipoh pada Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Datuk A. Sivanesan serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching.

Kah Woh berkata selain itu, semua aktiviti luar di sekolah juga perlu dihentikan buat sementara waktu sekiranya suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Beliau berkata, antara contoh aktiviti luar yang tidak sesuai dilaksanakan ialah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.

“Pihak KPM telah memberikan pesanan kepada kesemua pentadbir termasuklah pengetua, guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi cuaca panas setiap hari di sekolah dan juga daerah masing-masing,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat