KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang kini ahli Bersatu menuntut Kerajaan Madani mengembalikan ‘pakar formula’ yang dimiliki sebelum ini untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung harga minyak yang kini naik melambung.
Khir mendakwa pakar formula yang ada dalam kerajaan hari ini tidak tahu kira atau salah formula.
“Harga minyak, rekod baru Kerajaan Madani.
“Kita tak tahu sampai bila harga minyak akan berhenti naik mencanak.
“Jika formula yang sama diguna oleh kerajaan untuk naikkan harga minyak, rakyat semakin tidak tidur malam, sekali naik 80sen.
“Bawa balik pakar formula yang Madani ada tu, kerana pakar formula yang tinggal dalam kerajaan sekarang ni tak tahu nak kira atau salah formula,” dakwa beliau.
Menurut Khir, rakyat perlukan penjelasan yang boleh dihadam.
Umum maklum pakar formula yang sering dilabel itu merujuk kepada bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.



