KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan sekiranya berpecah kepada banyak parti, tidak ada parti yang akan menang Pilihan Raya Umum (PRU).
Justeru katanya, jika tidak menang PRU tidak mungkin jadi Perdana Menteri walaupun mendapat sokongan parti yang diketuai.
“Oleh itu apa perlunya menjadi ketua parti.
“Kamu tidak akan jadi PM.
“Yang boleh jadi PM ialah jika semua orang Melayu bersatu.
“Dan mereka tentukan calon yang mewakili orang Melayu menang.
“Letak terlalu ramai calon menentukan semua calon kalah,” katanya.
Oleh itu kata beliau, apa guna jadi ketua parti dan calon PM?
Justeru beliau mengingatkan pepatah Melayu, Bersatu teguh bercerai roboh.
“Tidak ada slogan yang lebih bermakna dari slogan ini.
“Tetapi masih ada pemimpin yang percayai untuk jadi Perdana Menteri, seorang pemimpin hendaklah jadi ketua partinya,” kata bekas Perdana Menteri itu.



