PM beri sebulan untuk pengurusan Felda kemuka hala tuju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tempoh sebulan kepada pengurusan Felda mengemukakan hala tuju dalam usaha mengangkat martabat semua agensi dan anak syarikatnya.

Perdana Menteri menegaskan, pelan itu adalah sebagai persediaan untuk Felda menghadapi apa juga kemungkinan termasuk situasi lebih mencabar susulan perkembangan geopolitik semasa, walaupun unjuran permintaan sawit ketika ini berada pada tahap lebih baik.

“Dalam keadaan geopolitik tidak menentu ini, kita harus siapkan diri untuk berdepan dengan keadaan yang lebih mencabar.

“Saya beri tempoh sebulan untuk pengurusan kemukakan pelan hala tuju dan akan pastikan seluruh kekuatan jentera serta pakar agar berpuas hati dengan hala tuju,” katanya semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga telah berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan nilai eksport produk sawit ke luar negara menerusi beberapa siri lawatan sebelum ini.

Selain itu katanya, usaha bagi memperkasakan Felda juga akan melibatkan pelbagai pihak dan pakar.

“Asalkan kita yakin mampu selamatkan Felda dan peneroka dengan beberapa langkah di ladang, pemasaran dan eksport, maka itulah antara kerja kita.

“Malah saya berbincang dengan Presiden China Xi Jiping untuk mengimport sawit dari Malaysia.

“Saya juga minta Arab Saudi untuk pertingkatkan jumlah import sawit kita.

“Apabila permintaan naik harga juga naik. Jadi itu tugas dan pimpinan kerajaan iaitu menambah baik permintaan,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat