PM Selamat Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi Tiga Hari

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba Doha, Qatar hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke negara itu.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha kira-kira jam 3 petang waktu tempatan dan ketibaannya di Terminal Diraja disambut oleh Menteri Pengiring iaitu Menteri Perbandaran Qatar Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri kemudiannya diiringi untuk memeriksa barisan kawalan kehormat dibarisi Pengawal Istiadat Amiri serta menaiki kenderaan khas.

Turut serta dalam lawatan itu termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.

Berdasarkan atur cara esok, Perdana Menteri dijadual melawat Ladang Baladna, iaitu antara ladang ternakan lembu terbesar di rantau itu yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Doha.

Perdana Menteri juga dijadualkan menyaksikan pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara PR1MA dan Lembaga Pelaburan Qatar selain menghadiri sesi libat urus dengan komuniti perniagaan serta Keluarga Malaysia di Doha.

Pada Selasa, Perdana Menteri akan melakukan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Amiri Diwan, kata laporan itu lagi.

Kedua-dua pemimpin dijangka mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik sebagai antara agenda utama untuk memperkukuh kerjasama Malaysia-Qatar yang telah terjalin sejak sekian lama

Malaysia dan Qatar juga akan bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Qatar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas, kata laporan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat