OPPO Find X8 Ultra Sah Dilancarkan April 2025

- Advertisement -

Selepas kejayaan pelancaran siri OPPO Find X8 di China pada Oktober 2024 dan kemudiannya di India pada November 2024, OPPO kini bersiap sedia untuk memperkenalkan model flagship mereka yang paling berkuasa, OPPO Find X8 Ultra. Peranti ini disahkan bakal dilancarkan pada April 2025, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai tarikh pelancarannya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Find X8 Ultra akan dilancarkan seawal Mac, namun Pengurus Produk OPPO, Zhou Yibao, mengesahkan bahawa peranti ini hanya akan mula dijual pada April. Perkara yang menjadikan Find X8 Ultra unik ialah reka bentuk skrin ratanya, menjadikannya satu-satunya peranti flagship kategori “Ultra” dari jenama China tahun ini yang hadir dengan ciri tersebut.

Dari segi spesifikasi, OPPO Find X8 Ultra dijangka dilengkapi dengan skrin OLED 6.82 inci beresolusi “2K” daripada BOE. Selain itu, telefon ini akan menampilkan sensor kamera utama sebesar 1 inci, dua lensa telefoto periskop serta satu lensa ultra lebar. OPPO juga menjanjikan rekaan dengan bezel yang sangat nipis, menjadikannya antara peranti dengan skrin yang hampir sepenuhnya tanpa gangguan.

Selain Find X8 Ultra, OPPO turut dikatakan sedang membangunkan satu lagi model flagship yang lebih nipis dan kompak, dikenali sebagai OPPO Find X8 Next (dahulunya Find X8 Mini). Model ini dipercayai akan menjadi pesaing utama kepada Samsung Galaxy S25 Edge dan Apple iPhone 17 Air. Dengan ketebalan antara 7mm hingga 7.99mm, Find X8 Next bakal menyertai kategori telefon pintar premium bersaiz kecil yang semakin mendapat perhatian.

Setakat ini, OPPO belum mengesahkan sama ada Find X8 Ultra akan dilancarkan di luar pasaran China atau tidak. Bagaimanapun, peminat OPPO di Malaysia boleh menantikan perkembangan lanjut mengenai ketersediaan peranti ini di pasaran tempatan.

Teruskan mengikuti perkembangan terkini bersama kami untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find X8 Ultra dan siri flagship OPPO yang akan datang!

#OPPOMalaysia #OPPOFindX8Ultra

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat