Semua pembangkang keluar dewan, tak puas hati slot PM tiada dalam aturan mesyuarat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pembangkang hari ini bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Johari Abdul membenarkan slot diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan itu diambil sebagai langkah protes selepas Speaker berkeras membenarkan slot untuk Perdana Menteri itu, meskipun beberapa wakil pembangkang membantah kerana menyifatkan ia sebagai suatu yang luar biasa memandangkan ia tiada dalam aturan mesyuarat.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bangkit membantah sewaktu Anwar memberikan ucapan, dengan memaklumkan ia sepatutnya dilakukan lebih awal pada permulaan persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Pada sidang media pula, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan ia satu kejadian luar biasa kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai slot diberikan kepada Anwar, sementara perbahasan titah Seri Paduka Baginda sedang berjalan.

“Ini kezaliman majoriti. Hanya kerana mereka mempunyai majoriti, mereka melakukan apa yang mereka mahu tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan sejak sekian lama,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh.

Sementara itu, Rodziah Ismail (PH-Ampang) di platform X memaklumkan, semua pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semata-mata kerana Perdana Menteri memhon slot berucap demi tanggungjawab untuk merakam penghargaan atas sumbangan bekas Yang di-Pertuan Agong.

“Itu pun jadi isu kepada pembangkang,” bidas Rodziah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat