MB Pahang Minta Pekebun Musang King Di Raub Pertimbang Semakan Kehakiman

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menasihatkan pekebun   durian Musang King di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di daerah Raub menimbang kembali semula tindakan Semakan Kehakiman yang telah mereka lakukan.

Jelas Wan Rosdy, kerajaan Pahang kini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya selaku Menteri Besar Pahang yang juga Menteri Besar bagi Kerajaan Perpaduan yang melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menasihatkan pekebun-pekebun durian Musang King di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di dalam daerah Raub yang terlibat dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan supaya menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau tidak tindakan permohonan semakan kehakiman tersebut.

”Dalam hal ini, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah dengan jelasnya merupakan tanah Kerajaan Negeri, yang mana menurut Sistem Torrens (diguna pakai di dalam sistem pentadbiran tanah Malaysia), merupakan hak milik yang tidak boleh disangkal (indefeasibility of title) walaupun dalam konteks equity.” jelas Wan Rosdy menerusi Facebooknya, pada Jumaat.

Wan Rosdy juga berharap supaya pekebun-pekebun yang terlibat dapat bertindak secara matang untuk kebaikan bersama.

Terdahulu, pada 21 Ogos 2020 dua notis Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi telah difailkan oleh 110 pekebun dan 94 pekebun pada 9 Disember 2020.

Kesemua pekebun menamakan enam responden iaitu Pentadbir Tanah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, kerajaan Negeri Pahang, PKPP, Royal Durian Resources PKPP Sdn Bhd serta pihak berkuat kuasa negeri.

Ia melibatkan tanah seluas kira-kira 2,167 hektar.

Akibat penerokaan tanah haram, Kerajaan Negeri kehilangan hasil cukai berjumlah RM30 juta dalam tempoh sepuluh tahun akibat penerokaan haram oleh pekebun durian Musang King di daerah tersebut.

Kerugian itu juga melibatkan di kawasan hutan simpan.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,282FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat