Kritikan pembakar semangat Siti Sisters

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Siti Sisters, Siti Saida melihat setiap kritikan yang diterima olehnya dan adiknya, Siti Saerah sebagai pembakar semangat untuk mereka menambah baik kekurangan yang ada dalam persembahan di pentas Famili Duo.

Saida ketika dihubungi berkata, kritikan juri membuka matanya dan ‘memaksa’ dirinya untuk mengeluarkan segala kemampuan yang ada, bagi memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

“Kritikan juri membuka mata kami untuk melihat semula, apa kekurangan yang boleh diperbaiki. Kami tahu, kami ada kekurangan.

“Tapi, kami cuba juga keluarkan apa yang kami mampu berikan lagi dalam persembahan kami di samping melakukan penambahbaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kritikan juri dan penonton yang kadangkala agak ‘edas’ dialih sebagai pembakar semangat olehnya.

“Inilah asam garam dalam pertandingan realiti sebegini. Juri akan lontarkan kritikan di kerusi mereka. Kita sebagai peserta kena bersedia dengan setiap apa yang akan dilontarkan.

“Saya pun dulu pernah menangis juga apabila dikritik, cuma saya tak tunjuk sahaja. Orang kata saya makcik-makcik berumur 47 tahun. Memang benar pun, tapi, saya ‘langgar’ sahaja semuanya,” katanya.

Saida, 47, berkata, dia dan Saerah yang menggondol gelaran juara mingguan dua minggu berturut-turut, kini semakin melihat dengan jelas, apa yang dimahukan oleh juri dan juga penonton dalam persembahan mereka.

“Dua minggu berturut-turut menggondol gelaran juara mingguan adalah rezeki yang tak pernah kami sangka. Lima minggu pertama, saya tertanya-tanya juga, apa yang juri dan penonton mahukan.

“Jadi, apabila berjaya memenangi juara mingguan, kami rasa, persembahan kami dapat diterima oleh juri dan penonton yang mengundi.

“Ini juga adalah atas usaha semua pihak yang terbabit dari penari, keluarga dan anggota kumpulan sendiri. Saerah terutamanya, sangat memberikan semangat kepada saya walaupun dia kini sedang sarat mengandung.

“Walaupun begitu, dia sangat lincah dan menyahut setiap cabaran yang diberikan demi memastikan persembahan kami berada di tahap memuaskan,” katanya.

Minggu ketujuh yang juga minggu penentuan sebelum ke pentas akhir, Saida dan Saerah akan tampil mempersembahkan lagu gabungan Apokalips dan Mentera Semerah Padi dendangan penyanyi legenda, Datuk M Nasir.

“Kami akan cuba keluarkan elemen ‘keras’ dan cabar diri kami untuk membawakan lagu ini,” katanya.

Famili Duo ditayangkan secara langsung di TV3, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat