Orang Ramai Perlu Didedahkan Dengan Ilmu Fiqh Menghadapi Bencana – Raja Muda Perlis

- Advertisement -

KANGAR – Orang ramai perlu didedahkan dengan ilmu Fiqh bencana, agar mereka lebih bersedia menunaikan tanggungjawab solat ketika berhadapan dengan musibah, seperti banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ilmu fiqh bencana, merangkumi hukum menunaikan solat fardu ketika berlaku bencana alam, dan juga permasalahan muamalat seperti hukum mengambil hak orang lain atas dasar darurat, menjumpai barangan berharga hak milik orang lain dan membersihkan rumah ibadat bukan Islam.

“Ilmu Fiqh juga dapat membantu penjawat awam yang terlibat dengan bencana seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), mengetahui beberapa hal berkenaan hukum hakam agama ketika menguruskan bencana,” titah baginda ketika perasmian Seminar Fiqh Bencana Bagi Tahun 2022 anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis, di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), di sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Negeri Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan beberapa agensi lain.

Titah baginda ia juga penting kepada guru agama, agar maklumat dapat disampaikan kepada seluruh lapisan rakyat semasa di sekolah mahupun di masjid.

“Beta yakin, seseorang yang sentiasa berusaha membantu orang lain pasti mendapat pertolongan Allah selaras dengan hadis, Rasulullah SAW yang bersabda “Sesungguhnya Allah menolong hamba, jika hamba menolong saudaranya” (riwayat Bukhari dan Muslim),” titah baginda.

Syed Faizuddin bertitah meminta rakyat negeri ini meluangkan masa untuk mempelajari ilmu fiqh, agar dapat memahaminya bersesuaian dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat