Bekalan air di wilayah Petaling dan Klang pulih sepenuhnya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekalan air di kesemua 142 kawasan di Wilayah Petaling dan Klang yang terjejas berikutan insiden paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam pada Selasa lepas, pulih sepenuhnya 7 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Pada Selasa, sebanyak 142 kawasan di Wilayah Petaling dan Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip pecah berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga.

Elina dalam pada itu berkata pengguna disaran merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter untuk mendapatkan maklumat rasmi mengenai gangguan bekalan air atau menghubungi Air Selangor menerusi talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan aduan.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat