Beberapa Bangunan Di Politeknik Shah Alam Rosak Dipukul Ribut

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini petang tadi turut mengakibatkan kerosakan pada bangunan di Politeknik Premiere Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya menunjukkan kerosakan dialami cermin surau, bilik pejabat, serta beberapa buah kenderaan termasuk bumbung tercabut dan runtuh.

“Keadaan PSA selepas dilanda ribut dan hujan batu petang tadi.

“Moga dipermudahkan segala urusan sahabat-sahabat di PSA. Aamiin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Seorang pengguna, Hadzwani Hamdan nyata terkejut dengan kejadian menimpa institusi pengajian tinggi (IPT) itu.

“Allahuakhbar, semoga dipermudahkan urusan untuk membaik pulih. Sekiranya ada tabung untuk disalurkan (bantuan) mohon pihak pentadbiran uar-uarkan dalam Facebook rasmi Politeknik ini,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat