Saham Pharmaniaga meningkat selepas peroleh kontrak vaksin kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Saham Pharmaniaga Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada sesi dagangan awal pagi ini selepas para pelabur memberi tindak balas kepada pengumuman kontrak terkini kerajaan yang diperoleh kumpulan itu pada Selasa.

Pada jam 9.48 pagi, kaunter kumpulan naik 10 sen kepada RM5.08 dengan 1.12 juta saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Pharmaniaga berkata unitnya iaitu Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd (PLS) dijangka membekalkan 12 juta dos vaksin COVID-19 yang dimajukan oleh SINOVAC Life Sciences Co Ltd dari China kepada Kementerian Kesihatan menjelang April tahun ini.

Syarikat itu menambah PLS telah mengemukakan permohonan bagi pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 19 Jan, 2021.

“Tertakluk kepada kelulusan NPRA, vaksin COVID-19 dijangka dibekalkan kepada Kementerian Kesihatan menjelang April 2021,” katanya.

PLS telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan bagi pembelian dan pengedaran COVID-19 Coronavac, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated untuk dibekalkan ke hospital, klinik dan kemudahan-kemudahan lain di seluruh negara seperti diarahkan oleh Kementerian Kesihatan.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat