Hospital Melaka Masih Mampu Beroperasi Walaupun 32 Kakitangan Positif COVID-

MELAKA – Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman.

Rahmad berkata Hospital Melaka masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu.

Menurutnya kesemua 32 kakitangan Hospital Melaka itu dikesan positif COVID-19 di bawah saringan Kluster Bukit Palah dan siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada seorang pesakit dari Jempol, Negeri Sembilan yang dijangkiti wabak berkenaan dan mendapat rawatan di institusi perubatan tersebut.

“Sehingga 12 tengah hari semalam, sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya masih belum mendapat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya kini Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah positif COVID-19 di negeri itu sehingga semalam ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.

Dalam perkembangan lain, Rahmad berkata dua pelajar tingkatan lima masing-masing daripada sekolah asrama di Bukit Piatu di sini, dan sekolah berasrama penuh di Jasin didapati positif COVID-19.

– BERNAMA

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

UMNO Perlis terus kerjasama BERSATU/PN pada PRU-15, sanggah MKT

KUALA LUMPUR – Biarpun Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO nekad berpisah dengan BERSATU namun, UMNO Perlis tegar mempertahankan kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) pada...

UMNO lega tidak diharamkan

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan parti itu amat berpuas hati dengan keputusan semakan perundangan Mahkamah Persekutuan hari ini. “Syukur kepada...

Berita Berkaitan

Parti Melayu Tak Bermusuh Cuma Pesaing

KUALA LUMPUR - Tan Sri Annuar Musa memberitahu parti-parti Melayu tidak bermusuh sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar. Jelas beliau antara UMNO,...

Hadi Awang Yakin Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA LUMPUR: Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi...

Muhyiddin Diberi Peluang Masuk Kaabah, Tunai Umrah

CYBERJAYA — Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunaikan Umrah di Makkah, Sabtu, (Ahad di Malaysia), diberi peluang dan penghormatan oleh pemerintah Arab...