Bersatu seru semua pihak bertenang, hormati kebijaksanaan Raja Perlis dalam pelantikan Menteri Besar baharu

KUALA LUMPUR, — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyeru semua pihak agar kekal bertenang dan menangani perkembangan politik di Perlis dengan penuh kematangan, selaras dengan prinsip perlembagaan serta kepentingan rakyat.

Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, berkata sebarang keputusan dan pendirian politik perlu berpaksikan kepentingan rakyat, kestabilan negeri serta kelangsungan pentadbiran, bukannya didorong oleh emosi atau kepentingan sempit mana-mana pihak.

Menurut beliau, rakyat menaruh keyakinan bahawa Raja Perlis akan menggunakan kebijaksanaan serta kuasa prerogatif Baginda selaras dengan Perlembagaan Negeri dalam menentukan pelantikan Menteri Besar yang baharu.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan Kerajaan Negeri Perlis terus berfungsi dengan baik dan mampu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada kebajikan serta keperluan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hamzah menegaskan bahawa kestabilan politik dan pentadbiran negeri amat penting bagi menjamin kelangsungan dasar, perkhidmatan awam serta keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Sehubungan itu, Bersatu menyeru semua pihak agar menghormati proses perlembagaan dan menjunjung institusi Raja demi memastikan keharmonian politik serta kestabilan pentadbiran negeri Perlis terus terpelihara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat