“SAYU YANG SYUKUR” Filem arahan Dato Aaron Aziz bakal ditayangkan pada 28 Disember 23

- Advertisement -

Sebuah filem arahan Dato Aaron Aziz yang bakal di tayangkan ke pawagam seluruh negara pada 28 Disember 2023, Filem yang berjudul “Sayu Yang Syukur” merupakan filem yang bergenre Romantik/Cinta.

Dato Aaron Aiz bukan sahaja pengarah tetapi juga pelakon di dalam filem ini, ini adalah filem kedua arahanya selepas Filem “Romeo Kota”. cukup sinonim dengan filem- filem yang bertemakan cinta Dato Aaron Aziz mempunyai pegalaman yang cukup dalam mengarahkan filem pertamanya ini.

Filem ini telah berhadapan dengan pelbagai rintangan seperti tempoh suntingan yang lama termasuklah covid 19, filem ini telah mula dirakam pada tahun 2015 dan mengambil masa selama 8 tahun untuk ditayangkan di pawagam.

Aaron berkata, pembabitannya dalam filem tersebut selaku pengarah bermula setelah ditawarkan sendiri oleh Penerbit Eksekutif, Allahyarham Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mohd Atlas pada tahun 2015.

“Pada awalnya saya diberikan peluang untuk berlakon sahaja, namun arwah kemudiannya tawarkan pula untuk saya mengarahkan filem ini.

“Saya merasakan ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan memandangkan saya tak pernah mengarahkan sebuah filem cinta,” ujarnya.

‘Sayu Yang Syukur’ merupakan sebuah filem konflikt cinta yang penuh dramatik yang menampilkan Aaron selaku pelakon, selain Nora Danish dan Arja Lee sebagai teraju utama.

Jelas Aaron, apa yang membuatkan dia tertarik untuk mengarahkan filem berkenaan apabila dia diberi kebebasan oleh pihak penerbit, terutama dari segi pemilihan pelakon dan olahan skrip.

Menurutnya lagi, dia juga menggunakan pengalaman yang ada ketika berlakon di bawah arahan pengarah-pengarah hebat seperti Kabir Bhatia, Osman Ali dan Erma Fatima.

Sementara itu, Saiful Azmi Jamsari selaku penerbit berkata, pihaknya bersetuju mengambil Aaron selaku pengarah kerana yakin dengan bakat, kemampuan serta pengalaman yang dimiliki pelakon berkenaan sepanjang bergelar seorang pelakon.

Ujarnya, sepanjang penggambaran pihaknya melihat kesungguhan serta kerja keras yang ditunjukkan Aaron, meskipun belum mempunyai banyak pengalaman selaku pengarah.

“Memberikan peluang kepada pengarah baharu seperti Aaron Aziz penting kerana mereka membawa semangat, idea segar dan pandangan yang berbeza dalam industri yang mungkin boleh menjadi stereotaip.

“Ketika memilihnya dahulu memang dia agak baharu untuk duduk di kerusi pengarah, tetapi kami yakin dengan bakat dan potensinya untuk berkemban dengan dibantu team produksi yang dedikasi,” jelasnya.

Selain tampil dengan sebuah naskhah yang menarik, Sayu Yang Syukur turut diindahkan lagi dengan dua lagu runut bunyi atau OST iaitu Menanti Sinar nyanyian Siti Nordiana dan Bermalam Tanpa Bintang yang dipersembahkan oleh Tomok.

Sipnosis filem “Satu yang Sukur”:

Kepulangan Liana ke Kuala Lumpur daripada kampung pada suatu senja adalah titik mula kisah tragik hidupnya apabila kereta yang dipandu terbabas ke cerun setelah melanggar tayar yang terjatuh dari lori ketika hujan lebat mencurah.

Secara kebetulan Qudaim Aziz) & Adam menyedari kereta Liana yang berada di cerun bergegas turun dan memeriksa keadaan walaupun mereka masih berada di bawah pengaruh bahan terlarang, Adam mencapai minuman yang telah diletakkan ubat khayal lalu diberikan kepada Liana.

Jatuh di timpa tangga, Liana yang separuh sedar kerana kemalangan dan mamai dengan khayal telah dibawa ke sebuah resort, Apabila sedar esok paginya segala pakaian Liana telah bertukar, maka bermulalah persitiwa yang membuatkannya trauma dan bimbang jika nama baik keluarganya tercemar.

Sebagai seorang pakar motivasi yang terkenal dan sentiasa memberi khimat kaunseling pada mangsa-mangsa rogol, kini Liana merasa sendiri pekara itu berlaku ke atas dirinya sehingga membuatkan tahap keyakinannya menurun dan pelbagai tanggapan di kepala andainya dia disahkan hamil.

Jefri (Arja Lee) rakan sepejabat yang selama ini menaruh hati kepadanya pula tetap sabar menagih cinta Liana tetapi Liana masih merahsiakan kisah memalukan itu daripada Jefri. akan Mampukah berlaku hati di antara Liana terbuka mereka?untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik cinta yang berlaku antara mereka?

BARISAN PELAKON

Dato Aaron Aziz – Qudaim
Nora Danish – Nurliana
Arja Lee – Jefry
Fairie Khalil – Adam
Dato Ahmad Tamimi Siregar- Dato Nazhar
Raja Emma – Datin Mazuin
Gya Natasha – Maisarah
AR Badul – Pak Ali
Kismah Johar – Mak Yah
Mysa Larra – Julia
Norzafifah Mohd Zain – Salina
Visha Saywho – Kak Chom Tweeter
Sariyanti – Azreen
Dato Dira Abu Zahar – Sherry
Abdul Jalil Ramli – Dato Reimy

PRODUKSI
Pengarah : DATO AARON AZIZ
Pengarah fotografi : KHALID ZAKARIA
Pengarah Seni : AZWAN ABDUL AZIZ
Pengarah Muzik : NURZAIDI ABDUL RAHMAN
Penyunting : FARAH AIZURIN
Penerbit Penyelaras : AR BADUL
Penerbit Eksekutif : MOHD TOH PUAN ATLASATIAH ALIAS MOHAMED Penerbit Bersekutu
Penerbit : NUSANBAKTI SAIFUL AZMI JAMSARIPRODUCTION SDN BHD Terbitan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat