Pengkhianat akan dikhianati -Iswardy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Kerja Penerangan PKR, Iswardy Morni mendakwa sejumlah wang dari United Kingdom (UK) sedang diusahakan untuk dikirim ke Malaysia dengan tujuan menukar pentadbiran Kerajaan Madani.

Beliau mendakwa gerakan mengirim wang dari UK itu dibantu orang ketiga yang berada di sana.

“Maklumat terkini Krismas. Santa tua kerja lebih masa. Duit dari UK sedang diusaha dikirim ke Malaysia melalui orang ketiga dengan bantuan satu “raja” yang kini berada di UK.

“Ini usaha seterusnya setelah yang pertama gagal. Purpose tukar Kerajaan Madani,” dakwa beliau di aplikasi X pada Isnin.

Iswardy juga mendakwa, duit yang ditawarkan itu melibatkan jumlah ratusan juta untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Patut ada cytro (cybertroopers) walaun beria-ia kata Jumaat lepas nak tumbang.

“Tapi tak sempat nak keluar duit, bangunan kena sita. Duit kena beku ke tu? soalnya sinis.

Iswardy menyatakan beliau tidak risau kerajaan ini tumbang kerana pengkhianat dan pengkhianatan sekali lagi.

“Sebab aku percaya, pengkhianat tidak akan dapat tidur lena kerana takut akan ada yang tikam mereka juga.

“Pengkhianat, akan dikhianati,” kata Iswardy.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad ada mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim giat mengukuhkan Kerajaan Perpaduan untuk menarik pembangkang dalam kerajaan.

Idris mendakwa kerajaan hari ini tidak mampu menarik sokongan Melayu.

Terbaru Setiausaha kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Razlan Rafii menegaskan, tidak timbul dakwaan kononnya wujud pertukaran Kerajaan Persekutuan pada Jumaat ini hanya kerana Yang di-Pertuan Agong bercuti hujung tahun.

Ujar Razlan, dakwaan itu tidak berasas kerana ia bersandarkan kepada persepsi semata-mata.

Sebelum ini, blogger kontroversi, Papagomo mendakwa pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan tumbang Jumaat ini.

Credit FOTO: FB

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat