PRN Sabah: Kerjasama Umno- Warisan ‘hampir pasti’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerjasama Umno dan Warisan pada PRN Sabah dipercayai ‘hampir pasti’, di sebalik kenyataan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Rahman Dahlan mendakwa belum ada keputusan rasmi.

Memetik FMT, seorang pemimpin Umno Sabah yang enggan dikenali menegaskan rundingan telah dibuat dengan semua parti termasuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) diketuai, Datuk Seri Hajiji Noor.

Jelasnya, rundingan itu selaras dengan keputusan sesi pemukiman Umno Sabah dan pusat untuk mengadakan perbincangan awal dengan semua parti.

Namun katanya, hanya Warisan setakat ini bersetuju dengan permintaan Umno berkait kerjasama pada PRN yang dijangka tahun depan, lebih awal berbanding penggal DUN pada 2025.

“Warisan bersetuju dengan permintaan dikemukakan (Umno) disertakan syarat tambahan,” katanya, namun enggan mendedahkan syarat terbabit.

“Boleh jadi (Umno dan Warisan) akan bergabung sebagai blok pembangkang.”

Menurutnya, walaupun perkara itu akan diputuskan pucuk pimpinan pusat namun pada masa sama Umno Sabah boleh membuat keputusan sendiri susulan autonomi diberikan pada Perhimpunan Agung Umno 2018.

“Kita akan gunakannya jika perlu,” kata sumber itu.

Pada 14 Dis lalu, Rahman berkata belum ada keputusan dibuat Umno Sabah berhubung rakan kerjasamanya bagi menghadapi PRN Sabah

Kenyataan itu susulan pengumuman dibuat Presiden Warisan Shafie Apdal bahawa parti pimpinannya akan bekerjasama dengan Umno pada PRN Sabah, sambil menjelaskan persetujuan itu diberikan ketuanya, Bung Moktar Radin.

Kerjasama itu menyaksikan mereka bakal berdepan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menjadi rakan dalam kerajaan perpaduan di Putrajaya.

Tempoh DUN Sabah akan tamat pada Oktober 2025, namun Hajiji memberi bayangan PRN mungkin diawalkan tahun depan.

Umno dan Warisan Sabah dilaporkan bekerjasama dalam Episod ‘Langkah Kinabalu’, awal tahun ini dalam cubaan menjatuhkan kerajaan Hajiji yang bukan sahaja gagal namun menyebabkan Bung dipecat sebagai timbalan ketua menteri.

Selain beberapa Adun Umno dan semua wakil rakyat GRS, Hajiji turut disokong Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat